Saturday 22 March 2014

HALA TUJU LEPAS SPM > ARCHITECTURE = SENIBINA

Assalamualaikum...


Okey, result SPM baru keluar kan? So sekarang pelajar lepasan SPM memang tengah cari hala tuju hidup. Nak ambil course apa, universiti apa, dalam negara ke luar negara... Dan ada juga orang-orang yang bertanya fasal architecture. Okey, kat sini aku akan jelaskan sikit persediaan yang perlu ada untuk pelajar yang berminat nak menceburkan diri dalam dunia arkitek ni.

1. FINANCIAL Serius.... Architecture ni course yang banyak GILA-GILA-GILA guna duit. Kalau course lain mungkin habiskan duit untuk beli buku. Tapi kalau architecture ni bukan takat beli buku tapi nak kena beli stationery macam pensel pelbagai gred, felt tip pen pelbagai saiz, kertas pelbagai saiz dan jenis, t-square dan pelbagai jenis square dan macam-macam lagi. Kemudian kos printing. Kemudian kos nak kehulu-hilir pergi site. Banyaklah lagi. Maka pandai-pandailah atur belanja. 

2. KNOWLEDGE Kalau masa awal-awal belajar tu, siapa ambil Lukisan Kejuruteraan memang ada advantage! Tapi tak bermakna budak-budak Bio tak layak ambil architecture ni. Tak ada masalah pun kalau ada effort nak belajar. Mungkin sebagai persediaan sebelum masuk U ni boleh belajar dengan kawan-kawan fasal LK tu. Architecture banyak guna Orthographic and Axonometry.

3. CREATIVITY
Well... Architecture ni ART + SCIENCE. Kena ada ilmu dan pada masa yang sama kena ada sikit kreativiti tu. Kalau nak ikutkan, aku ni tak adalah kretif mana pun. Design aku tak pernah dapat A pun. Pada aku kreativiti ni gifted sebenarnya. Sebab masa belajar kau akan jumpa orang yang yang tak pulun sampai dapat mata panda macam kau, tapi design dia out of the box punya idea. Tapi bab design tu boleh usaha. Banyak buku fasal architecture, boleh tengok macam mana diorang buat planning, design facade, bla3. Tapi buku-buku architecture ni mahal. Zaman sekarang dunia hujung jari. Minta bantuan Encik Google pun aci je. Lagipun banyak je architecture group dekat Facebook tu hah.

4. MENTAL KUAT TAHAP PLANET NAMEX
Nak survive dalam dunia arkitek ni mental kena kuat. Self-motivated kena tinggi. Sebab kau akan lalu situasi bila kau tengok member sebilik kau sedap je tidur berdengkur ala-ala motorbot tapi kau masih merah-merah mata menghadap drawings bertemankan secawan kopi (ewahhh). Kau juga akan rasa situasi bila kau rasa kau design dah best macam al-Burj tapi lecturer kau pandang design kau tu macam reban ayam separa nak runtuh je. Kau juga akan lalu situasi bila kau terpaksa berkira-kira nak makan hanya kerana nak beli sebatang marker yang mahal tu (kalau kau anak jutawan kisah lain). Kau juga akan jumpa manusia yang tak minat architecture/kena paksa ambil architecture/dah nasib dapat course architecture yang sekadar menjadi manusia 'melukut di tepi gantang' lepas tu sesedap rasa bangga group kau dapat markah tinggi walhal jasa dia sebesar secebis ameba pun tak ada.
Tu zaman belajar. Zaman kerja kau kena kekalkan tahap hati kental kau tu 5 kali ganda. Kalau masa belajar takat kena maki dengan lecturer je. Tapi waktu kerja kau akan menghadap kerenah engineers, client, surveyor, QS, contractor, supplier, tak terkecuali boss kau.
5. JANGAN JAUH DARI ALLAH Ni paling penting. Kau memang akan busy gila amik archi. Macam dah boleh setahap perdana menteri. Tapi kau kena ingat siapa yang kasi kau masa 24 jam sehari tu? Kalau kau tak ada masa untuk Allah, macam mana Allah nak bagi masa untuk kau? Lagi satu, idea dari otak kau yang kau rasa hebat sangat ilham gempak-gempak tu. Siapa kasi kau otak? Reti?


Kesimpulannya, nak jadi architecture student, kau kena TOUGH! Bukan tough katang berketul-ketul tu. Bukan. Mental dan fizikal kau kena gagah perkasa macam Badang. Tekanan yang kau dapat masa belajar tu cuma 1% dari apa yang bakal kau lalu masa kerja. Hati kau tu bukan kena tahap hati batu, tapi hati konkrit. Antara kepakaran yang kau kena ada, kau kena jadi spesis tahan kena maki. Bhahahaha.
Mungkin apa aku cerita ni macam keji. Mungkin cara aku ni macam melemahkan semangat orang nak jadi arkitek. Tapi, percayalah. Kalau kau buat apa yang kau suka, kau akan rasa happy je. Stress kerja, itu normal. Tapi kalau kau stress hari-hari tu dah tak normal.
Okeylah. Aku post sikit-sikit gambar kerja aku. Bhahahah.
Ni bahan bacaan kat office masa tak busy. Perasaan tak busy tu bolehlah aku merasa dalam lima atau enam bulan sekali. Bhahahaha.
Buruk gila sketch aku. Tapi aku nak highlight gambar kartun tu sebenarnya. Bhahahaha.
Ni gambar tragedi. Time ni sebulan lebih aku kena kerja Sabtu Ahad. Tak tragedi manalah. Bahagia je aku sebelum masuk office pergi pasar pagi lepas tu melantak nasi lemak dalam office.

Ni gambar aku jadi tikus membaiki labu. PC aku pun reti jadi penat buat kerja apatah lagi aku.
Ni gambar kucing belaan aku temankan aku buat kerja. Baik je dia. Behave. Tak kacau pun aku buat kerja. (Sedikit gila bunyinya)

Ni model projek Islamic Knowledge Centre kat Cyberjaya. Credit untuk Parabox Studio, model maker untuk projek ni.

Gambar site? Errrr... Aku pergi site tak sempat bergambar. Pergi meeting, balik. Gitu je lah. Next timelah kalau aku ingat.
Orang kata arkitek ni hidup tak ada life. Entahlah, Tak nafikanlah busy, kerja melambak-lambak menggunung berbaris macam Banjaran Titiwangsa. Tapi aku tak adalah tahap tak ada life. Aku sempat je lagi taip novel dan cerpen. Mampu je lagi balik kerja kemas bilik basuh baju lipat baju masak-masak (dah macam bini orang bunyinya..grrrr..). Ada je lagi masa nak lepak-lepak dengan buddies takkan terpisah aku tu. Aku sempat je lagi travel ke hulu ke hilir.Okey je kut. Sebut fasal travel, bab aku pergi bercuti ke Sabah tu nantilah aku tulis dalam entry lain. Hehehehe.
Senang cerita. Tak adalah aku rasa aku tak ada life. Happiness starts from yourself, tak gitu?

With Love; IJAZATI HABIB

4 comments:

  1. adik-adik dinasihatkan jangan masuk uia, sekian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak office aku cerita u diorang pun ada masalah yang sama. yang private ke, yang government ke. Yang lebih keji dari UIA pun ada. kesimpulan, SAMA AJE.

      Delete