Monday 12 May 2014

Tips Senang Memasak untuk Wanita Bekerjaya

Assalamualaikum.

Okey, kali ni aku nak cerita fasal salah satu masalah paling besar yang dialami wanita bekerjaya: masa untuk memasak. Iyalah, balik kerja kadang-kadang dah lewat. Lepas tu penat pula. So, penyelesaian yang biasa digunapakai adalah, BELI KAT KEDAI sekaligus melarikan bajet anda serta 'mengkayakan' orang kedai.

Okey, part 'mengkayakan' orang kedai tu tak bersalah pun. Berdosa apatalah lagi. Sebab benda tu kira kita menambah rezeki orang la kan. Cuma tips ni untuk mereka yang nak jimat duit. Tak dinafikanlah masak sendiri lagi jimat dari beli kan. Ada yang kata kalau masak sendiri tu rugi. Membazir. Sebab beli barang-barang basah lepas tu tak sempat masak sayur membusuk aje dalam peti. Okey kat sini ada tips.


1. Tulis dan Beli




Dalam seminggu, paling cikai pun kau akan ada 1 hari tak bekerja. Tapi kebanyakan orang ada 2 hari tak kerja. So kau gunakan hari tak kerja tu untuk beli barang makanan stok untuk kau memasak selama seminggu. Kenapa tak beli terus sebulan? Sebab barang basah macam sayur tak boleh tahan lama mana pun. Lagipun kau mesti nak makan sedap dan make sure daging atau ikan yang kau makan rasa fresh, bukan rasa peti ais. Tak gitu?

Benda paling penting nak elakkan pembaziran membeli barang dapur, CHECKLIST. Hal ni biasanya masalah besar untuk perempuan. Pantang nampak sayur cam cantik ataupun tanda harga 'murah', laju aje beli walaupun kadang-kadang melebihi keperluan. Nak jimat beli barang masak tak susah. Beli ikut keperluan berapa orang nak makan. Ada yang ingat nak jimat tapi strategi silap kut. Nampak aje harga kubis putih dijual dengan harga penghabisan stok kononnya dekat pasaraya, terus dirembatnya kubis tu sampai 7-8 biji. Hah, memang membazir. Sebab tipu kalau kau makan kubis tu tiap-tiap hari. Sebab kau bosan duk makan kubis, kau malas masak kubis. Kau beli kat kedai. Dan itu adalah punca kubis kau membusuk dalam peti. Padahal kubis tak pernah bersalah dalam situasi ni.

Cara paling mudah, beli 4 jenis sayur tapi dalam kuantiti yang sikit. Ulang sekali lagi, SEDIKIT tapi jangan kau melampau beli sawi sebatang. Tu dah macam masalah jiwa. Kenapa 4 jenis bukan 10 jenis, bukan 3 jenis. Sebab dalam seminggu ada 7 hari. Sebab kau kerja kau cuma masak dinner je. So kau kena masak 7 kali. Additional lagi satu hari sebab siang Sabtu kau nak lunch. Siang Ahad kau keluar pergi beli barang dapur. Kecualilah kalau kau ada suami dan suami kau tak boleh makan masakan orang lain. Hari-hari kau kena prepare bekal untuk dia lunch. Okey, tu dah kes lain. Hehhehee.

Kat sini aku kasi contoh list nak beli barang. *
Kuantiti adalah berdasarkan aku yang cuma makan seorang. Sekian.

4 jenis sayur:
- kubis separuh
- kailan 1 ikat
- brokoli 1 kuntum (ye ke kuntum?)
- kacang panjang 1 ikat

4 jenis sumber protein:
- ayam (bahagian dada. 4 ketul)
- daging (4 keping)
- ikan (4 ekor)
- udang (bajet 2x masak)

Wajib beli: bawang, cili api, telur (telur ni penting untuk kes kalau penat melampau. tak pun kalau kau rasa lapr gila kau boleh goreng telu dadar ke hape sebagai lauk tambahan)
Optional (boleh jadi tak payah beli pun kalau stok masih ada): garam, gula, sos, kicap, minyak, rempah. Senang cerita barang wajib ada kat dapur.


2. Siang & Asing

Okey part ni macam penat sikit. Sebab tu buat time kau tak kerja. Sebab siang dan bersihkan semua sekali ayam, ikan, daging dan udang semua tu. Lepas siang dan cuci, masukkan dalam tupperware pakai buang tu dan asingkan ikut jenis dia. Pernah tengok bekas yang ada 2 bahagian tu? Haaa, kalau guna bekas tu lagi best. Kau boleh bahagi dua benda basah tu. 1 bahagian kau perap siap-siap dengan kunyit dan garam. So nanti bila kau tak ada idea nak masak apa, kau goreng kunyit aje. Settle. Itu penyelesaian pemalas macam aku selalu buat. Bhahahaah.

Kalau sayur pula, semua jenis sayur tu kau bahagi dua plastik. Sebab macam yang aku cakap atas ni tadi. 1 hari ada 7 hari. So sayur kau ada 8 bahagian. Bahagi siap-siap maka tak ada kes kau terlalu seronok memotong sampai 1 hari tu kau makan sayur kailan kuantiti banyak gila lepas tu lagi 1 hari tu kuantiti sayur kailan kau cuma sesudu. Heh.

3. Sejuk dan Beku

So, lepas bersihkan siang segala tu kau simpanlah dalam peti. Ni part yang paling mudah, senang, ringkas, padat dan mutakhir. Aik, macam pernah dengan motto camtu. Ada eh? Pape ajelah.

4. Sedia dan masak.


Okey, contohnya kalau hari tu kau nak masak ayam, kau keluarkan ayam tu dari tempat beku tapi jangan letak luar peti sejuk. Letak kat bahagian tak beku tu sebelum kau pergi kerja. Bila kau dah balik kerja daging tu dah tak beku dan kau boleh terus masak. Tak payah kau tunggu lama-lama nak tunggu daging tu hilang sejuk atau kes kau tak menyabar menunggu sebab lapar, kau terus masak dan daging kau tu tak masak serta berdarah. Urghhhh.

Percaya atau tidak, dengan barang yang beli ikut list tu, kau mampu memasak menu sedemikian untuk 8 hidangan:

Isnin: Sup kubis, udang goreng salut tepung
Selasa: Kailan goreng belacan, ikan masak kicap
Rabu: Kacang panjang goreng, ayam masak merah
Khamis: Tomyam udang + brokoli
Jumaat: Nasi pakapau (pakapau:daging+kacang panjang)
Sabtu lunch: Nasi goreng usa + sayur kailan
Sabtu dinner: Brokoli goreng, Ikan steam
Ahad: Chicken chop + coleslow kubis


Ni tips aje. Tak paksa suruh ikut pun. Tak wajib orang kata. In fact, aku sendiri pun tak adalah ikut 100% tips yang aku taip panjang tu. Sebab aku hidup bujang, suka hati akulah nak makan apa pun. Tapi mungkin aku akan istiqamah praktikkan semua sekali tips tu lepas kahwin supaya tak adalah dalam 1 minggu, selama 4 hari berturut-turut suami aku makan sayur kacang panjang. Kesian dia. Bhahahaah.

p/s: Aku tak faham pekejadahnya Aku tak boleh upload gambar ni. Padahal tadi bukan main struggle aku melukis kartun dengan harapan nak upload sini. Nantilah aku fikir apa solution aku boleh buat. Bhahahaha. Sebenarnya hari ni aku tak kerja. Demam. MC kononnya. Maka aku bosan. Kemudian aku mengarut dekat blog.

K bye.

With love: IJAZATI HABIB

1 comment:

  1. Tepat, padat dan mutakhir. Sekian sahaja laporan dari saya untuk RTM. Kembali ke Angkasapuri.

    ReplyDelete