Saturday 22 March 2014

HALA TUJU LEPAS SPM > ARCHITECTURE = SENIBINA

Assalamualaikum...


Okey, result SPM baru keluar kan? So sekarang pelajar lepasan SPM memang tengah cari hala tuju hidup. Nak ambil course apa, universiti apa, dalam negara ke luar negara... Dan ada juga orang-orang yang bertanya fasal architecture. Okey, kat sini aku akan jelaskan sikit persediaan yang perlu ada untuk pelajar yang berminat nak menceburkan diri dalam dunia arkitek ni.

1. FINANCIAL Serius.... Architecture ni course yang banyak GILA-GILA-GILA guna duit. Kalau course lain mungkin habiskan duit untuk beli buku. Tapi kalau architecture ni bukan takat beli buku tapi nak kena beli stationery macam pensel pelbagai gred, felt tip pen pelbagai saiz, kertas pelbagai saiz dan jenis, t-square dan pelbagai jenis square dan macam-macam lagi. Kemudian kos printing. Kemudian kos nak kehulu-hilir pergi site. Banyaklah lagi. Maka pandai-pandailah atur belanja. 

2. KNOWLEDGE Kalau masa awal-awal belajar tu, siapa ambil Lukisan Kejuruteraan memang ada advantage! Tapi tak bermakna budak-budak Bio tak layak ambil architecture ni. Tak ada masalah pun kalau ada effort nak belajar. Mungkin sebagai persediaan sebelum masuk U ni boleh belajar dengan kawan-kawan fasal LK tu. Architecture banyak guna Orthographic and Axonometry.

3. CREATIVITY
Well... Architecture ni ART + SCIENCE. Kena ada ilmu dan pada masa yang sama kena ada sikit kreativiti tu. Kalau nak ikutkan, aku ni tak adalah kretif mana pun. Design aku tak pernah dapat A pun. Pada aku kreativiti ni gifted sebenarnya. Sebab masa belajar kau akan jumpa orang yang yang tak pulun sampai dapat mata panda macam kau, tapi design dia out of the box punya idea. Tapi bab design tu boleh usaha. Banyak buku fasal architecture, boleh tengok macam mana diorang buat planning, design facade, bla3. Tapi buku-buku architecture ni mahal. Zaman sekarang dunia hujung jari. Minta bantuan Encik Google pun aci je. Lagipun banyak je architecture group dekat Facebook tu hah.

4. MENTAL KUAT TAHAP PLANET NAMEX
Nak survive dalam dunia arkitek ni mental kena kuat. Self-motivated kena tinggi. Sebab kau akan lalu situasi bila kau tengok member sebilik kau sedap je tidur berdengkur ala-ala motorbot tapi kau masih merah-merah mata menghadap drawings bertemankan secawan kopi (ewahhh). Kau juga akan rasa situasi bila kau rasa kau design dah best macam al-Burj tapi lecturer kau pandang design kau tu macam reban ayam separa nak runtuh je. Kau juga akan lalu situasi bila kau terpaksa berkira-kira nak makan hanya kerana nak beli sebatang marker yang mahal tu (kalau kau anak jutawan kisah lain). Kau juga akan jumpa manusia yang tak minat architecture/kena paksa ambil architecture/dah nasib dapat course architecture yang sekadar menjadi manusia 'melukut di tepi gantang' lepas tu sesedap rasa bangga group kau dapat markah tinggi walhal jasa dia sebesar secebis ameba pun tak ada.
Tu zaman belajar. Zaman kerja kau kena kekalkan tahap hati kental kau tu 5 kali ganda. Kalau masa belajar takat kena maki dengan lecturer je. Tapi waktu kerja kau akan menghadap kerenah engineers, client, surveyor, QS, contractor, supplier, tak terkecuali boss kau.
5. JANGAN JAUH DARI ALLAH Ni paling penting. Kau memang akan busy gila amik archi. Macam dah boleh setahap perdana menteri. Tapi kau kena ingat siapa yang kasi kau masa 24 jam sehari tu? Kalau kau tak ada masa untuk Allah, macam mana Allah nak bagi masa untuk kau? Lagi satu, idea dari otak kau yang kau rasa hebat sangat ilham gempak-gempak tu. Siapa kasi kau otak? Reti?


Kesimpulannya, nak jadi architecture student, kau kena TOUGH! Bukan tough katang berketul-ketul tu. Bukan. Mental dan fizikal kau kena gagah perkasa macam Badang. Tekanan yang kau dapat masa belajar tu cuma 1% dari apa yang bakal kau lalu masa kerja. Hati kau tu bukan kena tahap hati batu, tapi hati konkrit. Antara kepakaran yang kau kena ada, kau kena jadi spesis tahan kena maki. Bhahahaha.
Mungkin apa aku cerita ni macam keji. Mungkin cara aku ni macam melemahkan semangat orang nak jadi arkitek. Tapi, percayalah. Kalau kau buat apa yang kau suka, kau akan rasa happy je. Stress kerja, itu normal. Tapi kalau kau stress hari-hari tu dah tak normal.
Okeylah. Aku post sikit-sikit gambar kerja aku. Bhahahah.
Ni bahan bacaan kat office masa tak busy. Perasaan tak busy tu bolehlah aku merasa dalam lima atau enam bulan sekali. Bhahahaha.
Buruk gila sketch aku. Tapi aku nak highlight gambar kartun tu sebenarnya. Bhahahaha.
Ni gambar tragedi. Time ni sebulan lebih aku kena kerja Sabtu Ahad. Tak tragedi manalah. Bahagia je aku sebelum masuk office pergi pasar pagi lepas tu melantak nasi lemak dalam office.

Ni gambar aku jadi tikus membaiki labu. PC aku pun reti jadi penat buat kerja apatah lagi aku.
Ni gambar kucing belaan aku temankan aku buat kerja. Baik je dia. Behave. Tak kacau pun aku buat kerja. (Sedikit gila bunyinya)

Ni model projek Islamic Knowledge Centre kat Cyberjaya. Credit untuk Parabox Studio, model maker untuk projek ni.

Gambar site? Errrr... Aku pergi site tak sempat bergambar. Pergi meeting, balik. Gitu je lah. Next timelah kalau aku ingat.
Orang kata arkitek ni hidup tak ada life. Entahlah, Tak nafikanlah busy, kerja melambak-lambak menggunung berbaris macam Banjaran Titiwangsa. Tapi aku tak adalah tahap tak ada life. Aku sempat je lagi taip novel dan cerpen. Mampu je lagi balik kerja kemas bilik basuh baju lipat baju masak-masak (dah macam bini orang bunyinya..grrrr..). Ada je lagi masa nak lepak-lepak dengan buddies takkan terpisah aku tu. Aku sempat je lagi travel ke hulu ke hilir.Okey je kut. Sebut fasal travel, bab aku pergi bercuti ke Sabah tu nantilah aku tulis dalam entry lain. Hehehehe.
Senang cerita. Tak adalah aku rasa aku tak ada life. Happiness starts from yourself, tak gitu?

With Love; IJAZATI HABIB

Friday 7 March 2014

MACCHIATO!

Ain terpinga-pinga bak rusa masuk kampung. Matanya terkebil-kebil memandang senarai nama minuman yang ditulis menggunakan kapur tulis berwarna pada papan hitam. Pening Ain memikirkan mana satu yang patut dipilih. Ain pun bukan mahir sangat tentang minuman berkafein yang satu itu, KOPI!
            “Errr… Esspresso Macchiato satu!” Ain hentam saja. Asal sedap mulut sebut. Entah apa rasa dan rupa Esspresso Machiato tu, lantaklah!
Selepas membuat pesanan, Ain mengatur langkah menuju ke satu sudut dalam Kafe Homemade Sweet. Di satu bahagian ada satu meja kecil dua kerusi. Sebab Ain datang bersendirian, Ain rasa okeylah tu. Bolehlah dia duduk situ.
Ain mengeluarkan buku lakaran sebaik sahaja melabuhkan punggung. Sketch! Hua… Semua ni Izni punya fasal. Sibuk nak buka kafe. Lepas tu merayu-rayu minta Ain buat reka bentuk hiasan dalaman kafe idaman Izni tu.
Ikut hati Ain, nak je buat bodoh pada Izni. Tapi tak sampai hati. Izni tu sahabat dunia akhirat tu. Masalahnya Ain ni arkitek, bukan pereka hiasan dalaman! Kalau nak buat kafe ‘gedebak’ sebiji tu bolehlah kut. Ni nak buat hiasan kafe berkonsepkan ala-ala tradisional Itali! Terpaksalah Ain menelaah. Haah, menelaah dari kafe ke kafe mencari idea dan konsep.
Banyaklah kau punya dari kafe ke kafe Ain… Realitinya, ini adalah kafe pertama yang dimasuki Ain. Kafe ni tak jauh dari firma arkitek tempat Ain kerja. Tak pernah tahu pun Kafe Homemade Sweet ni wujud. Tahu pun sebab si Aira dan Firdaus, pelukis pelan di pejabat tu yang menghembuskan kata-kata semangat suruh Ain datang cari idea di kafe ni.
KRUUUKKKKK!!
Alamak, laparlah pula! Tapi kafe ni banyak juga jual manisan yang comel-comel. Pavlova tu macam sedap aje. Makanlah. Tapi kalau tinggal meja ni, tak ada orang ambil ke? Takkan aku nak tinggal beg tangan kat sini? Jangan! Walaupun dalam beg tangan ni tak ada duit berkepuk dan beg tangan ni pun takat berapa ringgit aje beli masa jualan murah, tapi tu duit tu! Bukan bayar pakai daun! Okey, cop meja letak buku lakaran ni!
Ain nekad. Angkat punggung dari kerusi. Adik yang kerja tukang buat kopi tu Nampak dah Ain duduk situ tadi. Pandai-pandailah adik buat kopi tu nanti hantar. Kalau ada orang ambil tempat duduk Ain tu, Ain buat selamba badak je nanti duduk atas lantai bersila! Eleh, iyalah tu.
Ain dah siap pilih. Dasar pelahap! Tiga biji creampuff. Satu tart buah. Satu tart telur. Satu pavlova! Sepotong red velvet. Ah, rosak diet aku! Ain menatang dulang yang berisi makanan ke arah meja tapi… ada satu makhluk tak diundang tengah bersenang lenang duduk dekat kerusi tu! Ain yakin tu meja Ain duduk tadi, sebab ada buku lakaran yang Ain bawa tu!
Ain menghempas sedikit dulang yang berisi makanan sebagai tanda protes. Tapi mamat tak diundang tu buat muka tebal. Langsung tak ada perasaan. Lebih buat hati Ain panas, mamat tu siap tarik gelas berisi espresso macchiato yang nak tergeliat lidah Ain sebut masa buat pesanan tadi. Tak guna!
Mamat ni memang tak ada perasaan, rabun atau pekak? Ikut hati nak je Ain maki mamat ni. Dah lah duduk meja yang Ain dah ‘tanda’ dengan buku lakaran tu. Boleh pula dia tarik gelas air Ain. Ain tak peduli. Ain tarik balik gelas tu. Siap minum biar sampai separuh. Sebelum mamat ni buat perangai perompak minum air Ain, baik Ain minum dulu.
Lelaki itu memandang Ain dengan sedikit berkerut. Ain buat tak tahu. Diambil buku lakaran di tepi gelas. Ain cari sebatang pen dalam beg yang bersepah. Jumpa. Dah hilang mood Ain nak makan dessert yang comel-comel. Baik kembali ke niat asal. Mencari idea! Ain terus membuat lakaran hiasan dalaman. Ain memang suka melukis pun!
“Cik, saya patut letak kopi cik di meja sana atau di sini?” seorang pelayan lelaki menyapa Ain.
PAP! Buku lakaran jatuh ke lantai. Oh, tidak!!!
Ain terkebil-kebil pandang lelaki di hadapannya yang turut sama sedang memandangnya. Dipandang pula segelas espresso macchiato yang milik Ain kononnya dah tinggal separuh. Direnung pula buku lakaran yang dah terjatuh ke lantai. Dicapai lambat-lambat. Dibuka muka surat bahagian belakang Ain buat lakaran.
Ni bukan buku lakaran Ain!!! Ulang suara, ni bukan buku lakaran Ain! Ni bukan tempat duduk Ain! Ni bukan kopi Ain!
“Meja sana!” pantas Ain bersuara dan terus angkat punggung menatang dulang. Malu! Sesedap rasa hati Ain tuduh lelaki tu pencuri. Ainlah pencuri sebenar! Siap memandang rendah pada lelaki yang dituduh berwajah tebal. Padahal Ainlah yang muka tebal tu. Apa patut Ain buat? Minta maaf? Malu? Ain terus tunduk. Buka buku lakaran Ain yang sebenarnya atas meja lagi satu, bukan meja tadi. Tapi sama! Sketch! Fokus Ain. Fokus!
Tapi fokus Ain terganggu sebaik sahaja dengar bunyi detakan gelas atas meja yang Ain tengah duduk. Lelaki tadi…
“Maaf…” Ain buat muka kasihan. Minta-minta mamat ni tak maki Ain. Dah separuh Ain teguk air kopi dia. Yang pasti tu bukan espresso macchiato yang Ain berusaha gigih nak sebut tu. Sebab espresso macchiato Ain dalam cawan comel kecil ni je. Bukan gelas macam mamat tu punya. Aduh…
“Tak apa. Semua orang buat silap…” Lelaki itu senyum. Senyumnya nampak ikhlas.
“Nanti saya bayar ganti rugi. Kopi awak. Termasuk buku lakaran awak,” bersungguh-sungguh Ain menutur kata. Rasa bersalah yang teramat ni!
“Eh, tak apa! Tak perlu rasanya. Tak payah ganti rugi. Kopi je pun..."
 Tawa kecil dari bibr lelaki itu buat hati Ain rasa lega. 
"Awak lukis balik ke? Cantik awak lukis. Awak sambung je lah siapkan lukisan tu di sini.” Lelaki itu seraya menghulurkan buku lakarannya tadi.
“Tapi ni buku lakaran awak!” Ain menolak.
“Okey, saya nak lukisan tu. Anggap tu ganti rugi. Deal?” Lelaki itu tayang senyum tak nampak gigi.

“Yelah!” Ain mengambil buku lakaran yang dihulur dengan kasar. Bengang. Kononlah tadi kan cakap tak apa bila minta ganti rugi. Iyalah tu! Lidah bercabang! Ain cuma berani memaki dalam hati.
Tawa kecil lelaki itu kedengaran lagi.
Ain buat tak reti. Malas layan. Marah! Ain teruskan membuat lakaran.
“Nah, untuk awak!” lelaki itu melekatkan sticky note pada buku lakaran yang Ain tengah gigih melukis. Buku lakaran mamat yang dituduh pencuri tu.


Ain senyum. Pandai lelaki ni buat kelakar. Siap berpantun segala bagai. Si tudung merah cantik? Aku ke? Ain memang pakai tudung merah. Hati Ain mula nak perasan.
“Nah, ni pula untuk awak!” Ain menghulurkan buku lakaran lelaki itu.
“Terima kasih. Saya nak letak gambar ni dalam frame…”
“Iyalah tu…” Ain rasa nak gelak sampai tercampak anak tekak. Ain tak percaya. Lakaran serabai macam tu nak masuk frame? Lelaki ni putus fius dekat otak, mungkin.
“Awak tak minum lagi kopi awak.” Lelaki itu menolak secawan kopi milik Ain yang sebenar kepada Ain.
“Saya order yang lain ya untuk awak. Maaflah. Saya dah minum separuh.” Ain kesal. Tapi dah terlajak nak buat macam mana. Kalaulah masa tu boleh diundur…
“Eh, tak apa!”
“Erk!” Ain tayang muka cemberut. What the
“Awak tak suka rasa kopi tu ya?” Lelaki itu meneka.
“Macam ni ke rasa espresso macchiato?” Ain bersuara dengan dahi berkerut seribu. Tak suka!
“Rasa espresso lebih kuat kalau nak dibandingkan dengan cappuccino, mocha dan latte. Alang-alang awak dah minum separuh air saya ni, awak habiskanlah. Bak sini espresso awak.”
Ain sekadar memandang lelaki itu menukarkan gelas miliknya dengan cawan kopi Ain. Minum bertukar begini dengan lelaki asing? Oh, tidak! Tapi lelaki ni nampak baik-baik sahaja.
“Nama awak apa?” Lelaki itu memulakan topik perbualan.
“Ain. Nama awak?” Ain rasa sedikit selesa sebab lelaki ini kelihatan mudah ramah. Tapi tetap berjaga-jaga. Manusia sekarang bukan boleh percaya.
“Awak rasa nama saya apa?” Lelaki itu main tarik tali!
Urgghhh…” Ain melepaskan dengusan kasar. Tak guna punya mamat. Aku senang-senang beritahu nama aku. Tak aci!
“Marahlah tu. Awak cepat naik angin kan?” Lelaki itu gelak. Entah apa yang kelakar.
“Apa nama kopi awak ni?” Ain bertanya selepas sedutan terakhir. Habis! Sedap. Kalau nak dibandingkan dengan espresso macchiato dalam cawan tu, errrr! Ain lebih suka kopi lelaki tak dikenali ni.
Latte macchiato.”
Macchiato juga? Kenapa rasa kopi saya tak macam kopi awak? Kenapa gelas kopi awak besar tapi kopi saya cawan tu aje?” Ain tak puas hati.
“Sebab awak espresso macchiato dan saya latte macchiato. Itu bezanya.” Lelaki itu menjawab tenang.
“Apa beza espresso dan latte?”
“Beza nisbah kopi dan susu. Same goes to cappuccino and mocha.”
Ain berkerut. Pening. Apa-apa ajelah.
You wanna know my name?” Lelaki itu menjongket kening kepada Ain.
Yes!”
Call me, Macchiato!”
“Hah?”
*****


Okey, ni pantun mamat Macchiato ni kasi masa Ain tanya nama dia.


Okey, ni masa Ain tanya dia kerja apa hari tu. Orangnya nampak kemas. Ain rasa dia kerja baik-baik sahaja. Tapi dia mengaku dia penganggur. Herm…


Okey, ni pantun mamat tu tulis masa Ain tanya dia ni dah kahwin ke belum. Risau juga. Takut sebenarnya Ain minum kopi dengan suami orang. Silap hari bulan kena ada drama tarik rambut pula di Kafe Homemade Sweet ni. Kan naya namanya? Tapi kenapa jawapan dia bunyi pelik aje?

Oh, masa ni Ain rasa sedikit sedih. Ain terlambat keluar pejabat sebab ada kerja yang kena dibereskan. Ain keluar pejabat pukul 1.30 tengahari. Memanglah Ain perempuan. Ain tak perlu pergi solat Jumaat. Tapi Ain sedih. Tak sempat minum kopi dengan Macchiato!
17 Februari, tiada!
18 Februari, pun tiada!
19 Februari, masih menyepi.
20 February, mana dia???
21 Februari. Jumaat. Ain nekad. Kalau hari ni Encik Macchiato tak muncul, lepas ni Ain tak nak tunggu dia dah. Mungkin Ain terlalu menaruh harapan tinggi. Mungkin Ain yang terlalu mudah jatuh hati. Alahai, patah hati lagi? HEI, BARU SEMINGGU KENAL KUT!
“Cik…”
“Ya.” Ain memandang pelayan kedai yang menghampirinya.
“Ni untuk cik…” Lelaki itu menghulurkan satu sampul.
“Terima kasih!” Ain teruja. Macchiato outstation ke? Ni dari dia ke? Tengok tulisan ‘Untuk Ain’ pada sampul tu macam ya.

Untuk Ain,
Maaf, kali ni saya tak bagi sticky note. Saya bagi surat. Sebab kali ni saya bukan nak tulis pantun je. Saya nak tulis panjang. Saya tak sempat beritahu awak nama sebenar saya. Asyik main-main suruh awak panggil saya Macchiato.
Nama saya Azfar. Azfar bin Azhari. Saya beritahu ni sebab saya nak minta doa awak. Doakan kesejahteraan saya. Doakan saya diringankan azab kubur. Halalkan makan minum saya. Maafkan saya kalau ada apa-apa yang menggores hati awak. Saya perlukan doa awak. Sebab masa awak baca ni saya dah bertemu Pencipta saya.

Rancak bersembang baba dan nyonya,
Sambil menyampuk teruna dan dara,
Terima kasih untuk segalanya,
Perkenalan singkat tapi bermakna.

Doakan saya ya, Ain!
Salam akhir,
Azfar (Macchiato) (HKL, 20 Februari 2014) :’)

Air mata Ain gugur!


TAMAT

Sunday 2 March 2014

A Sword Barrel Wedding's Story

Assalamualaikum...

Okey ni cerita fasal majlis kahwin yang ada sword barrel yang pertama kali aku tengok dengan dua biji mata aku ni. Sebab tu aku jakun dan teruja nak cerita. Ni majlis kahwin dua orang member sekolah aku, Puan Mashitah dan Encik Kapten Zekri.

Majlis kahwin Shitah & Zek ni memang aku wajib pergi kut. Sebab aku orang pertama dapat kad kahwin. Mahu si Shitah ni cubit pipi aku yang berlemak kental ni sampai terburai kalau tak datang. Lagipun aku memang rasa semangat semangkuk nak pergi sebab Shitah cakap ada 'sword barrel'.

Nak cerita aku punya excited nak pergi tengok, aku mulakan perjalanan aku seawal hari Jumaat 28 Februari pukul 6 pagi. Punyalah semangat kalah semangat kesukanan atlet negara. Sebab aku nak hilangkan stress kerja aku pun bajet macam handsome buat travel backpacking sendiri naik keretapi. (Sounds like a looser.. bhahahaha.. I called it as 'adventure'!)


Dari Jendela Gerabak 1
Aku lagi suka naik keretapi dari naik bas. Memanglah naik keretapi ni lambat. Tapi, pemandangan sepanjang perjalanan tu, PRICELESS! Aku suka. Boleh fefeeling ala-ala novelis mencari ilham gitu. Bhahahaha.


Dari Jendela Gerabak 2
Ada la lagi pemandangan-pemandangan lain. Banyak sangat. Tapi aku paling frust part aku tak sempat nak snap gambar sekawan lembu meragut kat padang rumput. Bukanlah lembu hitam putih macam New Zealand punya tu. Lembu yang buat korban tu je. Tapi aku rasa tu macam 'the best moment' la tengok sekawan lembu makan rumput tu. Eh, pape je lah aku ni! 


Safely arrived!
Alamak. Cam dah banyak mengarut pula. Okey sambung balik fasal sword barrel ni. Mengikut fakta dari Mr. Google (hehehe) sword barrel ni merupakan adat tentera untuk meraikan pasangan mempelai. Pernah dengar konon acara sword barrel ni haram sebab pedang bersilang tu membentuk salib (?????) tapi mengikut fatwa acara lalu bawah pedang tidak haram dilakukan kerana itu upacara tentera, bukan upacara yang dilakukan oleh agama lain. Jika ada buat memang bentuk tanda salib, itu baru haram.


Ni masa preparation.
Ni masa berarak.. EHEM!
Yang pengapit perempuan tu member aku.
Si Toya tu cam nak nangis sebab
si pengapit lelaki keluarkan arahan ala-ala
tentera kat dia. Bhahahahaha.
Tak kusangka member aku si Zek ni romantik.. Bhahaha..
Errr.... tajuk entry aku sword barrel tapi tu je gambar yang aku ada. Gambar betul-betul time sword barrel tak ada. Mungkin masa tu aku tengah struggle menyelit celah-celah orang sebab perasaan nak menyibuk ingin tahu sangat menebal.. Bhahahaha. Gambar Zek konon romantik tu pun aku rembat kat Facebook. Ni semua angkara si navy Kapten Syuk member aku (tak kelihatan dalam gambar) yang suruh pengantin laki dukung pengantin perempuan untuk melepasi pedang. Gituhhhh...

Errrr... kalau nak kahwin dengan tentera nak ada sword barrel kena kurus dulu gamaknya. Karang tragedi... -_-"


Sebenarnya, aku ada dalam gambar ni.. heih..



Time potong kek
Sebab aku bengang Encik Photographer tak bagitau aku tak nampak dalam gambar bersanding, maka dengan kejinya masa sesi potong kek aku pergi block pandangan Encik Photographer tu. Bhahahahaha.. Tapi angle aku tu bukan yang terbaik la. Sebab muka Encik Zek tak nampak pun. 


Ni pengantin baharu (Zek & Shitah)


Ni pengantin lama (Syuk & isteri)
Ni bakal pengantin (Paang & Ani)
Ni geng kepochi berselfie
Ni member sekolah
Apa-apa pun tahniah kepada Puan Mashitah Baharom dan Kapten Zekri Abd Manap. Barakallah... Aku pun dah selamat balik KL petang tadi disambut dengan meriah oleh jerebu.. (mencari facial mask lebih hari tu) sobbbssss.... 
Ni 'souvenir' Muazam.
Cawan kopi gambar kucing favourite aku.


p/s: Aku suka lifestyle kat Muazam. Tak ada traffic-jam. Tak sesak dengan orang. Tak jerebu. Bangun tidur boleh rasa angin bukit menerpa pipi (kemain) ditemani burung berkicauan... Cewah... Hidup pun tenang je. Hatiku tertinggal di Muazam (tetiba) 

With love: IJAZATI HABIB