Okey ni cerita fasal majlis kahwin yang ada sword barrel yang pertama kali aku tengok dengan dua biji mata aku ni. Sebab tu aku jakun dan teruja nak cerita. Ni majlis kahwin dua orang member sekolah aku, Puan Mashitah dan Encik Kapten Zekri.
Majlis kahwin Shitah & Zek ni memang aku wajib pergi kut. Sebab aku orang pertama dapat kad kahwin. Mahu si Shitah ni cubit pipi aku yang berlemak kental ni sampai terburai kalau tak datang. Lagipun aku memang rasa semangat semangkuk nak pergi sebab Shitah cakap ada 'sword barrel'.
Nak cerita aku punya excited nak pergi tengok, aku mulakan perjalanan aku seawal hari Jumaat 28 Februari pukul 6 pagi. Punyalah semangat kalah semangat kesukanan atlet negara. Sebab aku nak hilangkan stress kerja aku pun bajet macam handsome buat travel backpacking sendiri naik keretapi. (Sounds like a looser.. bhahahaha.. I called it as 'adventure'!)
Dari Jendela Gerabak 1 |
Dari Jendela Gerabak 2 |
Safely arrived! |
Ni masa preparation. |
Ni masa berarak.. EHEM! |
Yang pengapit perempuan tu member aku. Si Toya tu cam nak nangis sebab si pengapit lelaki keluarkan arahan ala-ala tentera kat dia. Bhahahahaha. |
Tak kusangka member aku si Zek ni romantik.. Bhahaha.. |
Errrr... kalau nak kahwin dengan tentera nak ada sword barrel kena kurus dulu gamaknya. Karang tragedi... -_-"
Sebenarnya, aku ada dalam gambar ni.. heih.. |
Time potong kek |
Ni pengantin baharu (Zek & Shitah) |
Ni pengantin lama (Syuk & isteri) |
Ni bakal pengantin (Paang & Ani) |
Ni geng kepochi berselfie |
Ni member sekolah |
Ni 'souvenir' Muazam. Cawan kopi gambar kucing favourite aku. |
p/s: Aku suka lifestyle kat Muazam. Tak ada traffic-jam. Tak sesak dengan orang. Tak jerebu. Bangun tidur boleh rasa angin bukit menerpa pipi (kemain) ditemani burung berkicauan... Cewah... Hidup pun tenang je. Hatiku tertinggal di Muazam (tetiba)
With love: IJAZATI HABIB
Hahahaha.. Terbaik... Ehemmm... Hehehe... Hatiku tertinggal di muazam ke? Muahahahhaa
ReplyDelete