Tuesday 25 February 2014

KE GARISAN PERMULAAN.. TANYA SAMA HATI?

Assalamualaikum...

PENGUMUMAN... Ini blog baharu. Blog yang dahulu (LIVE LIKE THERE'S NO TOMORROW) mungkin sudah terkubur tanpa sengaja dan tanpa kemahuan saya pun. Panjang kisahnya. Ceritanya email yang saya guna untuk akaun blog tu kena hack. Lepas tu email tu ditukar passwordnya. Kemudian saya tak boleh access ke email sendiri. Kemudian saya tak boleh tahu kalau orang komen ke apa ke kat blog. Itulah sebabnya saya dah lama tak menulis blog. (Okey. Ni tipu. Sebenarnya dah lama tak update fasal tak sempat.)

Tahun 2014, tahun baharu so buka buku baharu. Makanya saya buka blog baharu. Gituh! Hoi Jemah! Ni dah bulan Februari tau.. (Tampar-tampar pipi sendiri yang berlemak kental ni sikit. Tak sedar ni!) Bhahahaha... Apa benda saya nak mengarut dalam post pertama blog baharu ni ya? Nak cerita azam tahun baharu? Isu tu macam dah basi. Dah layak hantar ke muzium sebagai isu purba. Cuma nak beritahu saya berazam nak tulis manuskrip baharu dan mungkin ambil masa setahun lebih baru boleh siap. (Kepada Kak Yah Jemari Seni yang disayangi... ampun.. :P )

Manuskrip baharu... Tadaaaa!!!



Errr... jangan salah faham. Tajuk manuskrip baharu saya bukan Kuiz Tanya Sama Hati. Panjang sangat tajuk tu. Saya berazam nak tulis novel tajuk pendek-pendek pula. Tu teaser. Salah satu babak dalam manuskrip. Bhahahaha... Kemain teaser. Banyak betul masa terluang gamaknya duk meriadahkan mata dan jari kat Adobe Photoshop! Grrrr...

"Kalau betul kau sayang dia, kau akan terima dia seadanya. Kau tak akan pernah complaint. Dan kau tanya hati kau. Remember!!! Your heart deserves to be happy. Be with the one who makes you SMILE..." Yours sincerely, Mr. Buddy. Kepada 'Mr. Buddy', kau layak kembangkan hidung kau sekarang sebab aku nak requote ayat motivasi-basuh-sental-clorox-brainwash tu dalam novel aku. Sekian!




Tanya sama hati? Haah. Bukan tanya hati je. Kalau tanya sesiapa pun hatta seekor kucing berwajah bajet gengster macam dalam gambar ni, dia akan cakap dia nak hidup happy. Cuma kucing jawab dalam bahasa dialah. Semua orang nak happy. Ada ke orang cakap "Aku nak hidup aku berduka nestapa. Cukup tujuh tempayan air mata setiap hari untuk buat hantaran Puteri Gunung Ledang. Malah aku lebih berbesar hati sekiranya aku mampu menangis sampai buta. Biar Kassim Selamat rasa tergugat." Eh, gila sungguh bunyinya! Penduduk Planet Namex pun tak berfikir 'secerdas dan sebernas' itu. 

Okey berbalik kepada manuskrip yang saya baru mula nak tulis (tak adalah baru sangat kut. Cuma saya boleh jamin manuskrip tu BARU 30 mukasurat. Heheheh) Tajuk manuskrip tu belum ada. Tapi idea untuk tajuk tu kadang-kadang muncul siap ada effect mentol menyala dengan bunyi ting! (Okey, melampau!).Cumaaaa.... saya percaya ada dalam kalangan penulis, mesti ada yang orang pernah ajukan soalan ni...

"Wei, apa fasal tajuk novel sekarang mengarut? Guna bahasa rojak?"

"Apa dah jadi dengan penulis sekarang? Perlu ke gabungkan perkataan Islamik dan perkataan romantik jadi tajuk novel?"

"Perlu ke letak tajuk novel yang merendahkan harga diri seorang perempuan? Siap ada yang mempermainkan isu perkahwinan?"

"Tajuk pun dah bunyi 'murahan'. Mesti cerita dalam banyak babak 'murahan' juga."

"Ah, novel yang tajuk mengarut ni mesti penulis muda."

Errrrkkkk!!! Penulis muda? Well, saya dengan tanpa rasa bersalah nak kategorikan diri sendiri sebagai penulis muda walaupun usia dah suku abad. 'Muda' yang saya maksudkan ni bukan dari aspek umur tapi berapa lama saya dalam bidang penulisan. Tambahan pula hikayat perjalanan hidup saya ni sebenarnya tak bersabit langsung dengan dunia sastera. Sekolah menengah: Sains Teknikal. Universiti: Senibina. 

Saya tak kata penulisan saya baik pun. Cuma saya percaya seorang penulis tu bertanggungjawab membentuk masyarakat. Eh, ye ke? Jawapannya mudah. Mana-mana penulis pernah tak ada orang tanya, "Saya suka hero novel awak. Kat mana saya nak cari orang macam tu?" atau "Saya bayangkan diri saya macam heroin novel yang awak tulis." Proven! Penulis mampu mempengaruhi minda orang yang membaca.


Heih! Gambar kucing lagi. Maaf. Saya syak saya kena sampuk dengan kucing yang saya suka tenung dia sambil menayangkan wajah aneh kat stesen LRT. Kucing yang saya sangka mengandung tak beranak-anak tapi sebenarnya obesiti. Sian...


Kalau baik yang kita tulis, baiklah input yang orang dapat. Kalau terlalu tinggi imaginasi sampai tahap macam fairytale, maka wujudlah komen mengatakan "Novel ini tak berpijak di bumi nyata." 

Maaf. Saya tak ada niat nak kutuk/perli mana-mana novel pun. Saya pun bukan penulis hebat. Popular apatah lagi. Saya percaya tak ada penulis yang gembira tahap nak lompat bintang atau menari kuda kepang pun bila orang kutuk apa yang dia tulis. Orang boleh senang-senang labelkan 'novel picisan' atau 'novel sampah' sebab apa yang dia baca tak kena dengan jiwa dia.

Well, mudah kan mengkritik? Orang boleh kata "Alah tulis novel apa yang susah. Taip-taip lepas tu terbitkan tunggu royalti datang 'gedebak' sekaligus ribu-riban.." Anda silap. Menulis bukan takat menaip ikut sedap jari macam taip status kat Facebook. Kena buat research, kena buat case study, kena banyak membaca untuk menambah kosa kata, kena ada mood, kena ada masa, kena macam-macam lagi.

Tentang tajuk manuskrip... Ideanya dah ada tapi saya nak buat surprise. (Elehhhhh). Saya juga harap manuskrip yang saya baru taip 30 muka surat tapi epilog dah siap (what???) ni tajuknya okey. Tapi serius ni... nak buat tajuk pendek je. Kalau sebelum ni panjang kemainnnn.... Saya dah insaf dah buat tajuk panjang-panjang. Heheheh.


Ros Biru untuk Dia (Januari 2013)


Cerpen Sujud Syukur kerana Cinta (Jun 2013)

Secangkir Kopi Karamel (Julai 2013)

Cerpen Konserto dalam Hujan (Januari 2014)
Cerpen H.I.V (+) (Januari 2014)

Dah panjang benar kut mengarut. Okeylah. Sebenarnya saja nak ambil mood nak menulis manuskrip sebab tu tulis blog + buat blog baru sekali macam lebih-lebih pula. Okeylah, nak start enjin... Vrooommm... vrooooommmm... mahu taip manuskrip.

With love: IJAZATI HABIB

p/s: Kalau sudi follow lah blog ni..  Hehehehe. (Sambil tersengih. Dasar muka tebal!)