Assalamualaikum...
GURU. CIKGU. TEACHER. USTAZ, USTAZAH. PROF. MADAM. SIR. DR.
Panggilan yang berbeza, tapi insan yang mempunyai tanggungjawab yang sama. Mendidik. Okey, sempena Hari Guru semalam, aku nak cerita sedikit fasal kerjaya pendidik yang mulia ni.
Pengalaman Menjadi 'Cikgu'
Aku cuma ada pengalaman jadi 'cikgu' ni sekali aje kut. Tu pun bukanlah cikgu dalam erti kata sebenar. Beberapa bulan lepas aku diminta untuk memberi ceramah fasal Kempen Membaca sempena Bulan Membaca di sebuah sekolah rendah di Johor; SK Putra Utama, Kulai Jaya. Apa yang aku rasa, menjadi seorang cikgu sangatlah SUSAH!
Kenapa susah? Sebab aku tak ada pengalaman. Lagipun aku rasa aku ni cam garang dalam office, so aku rasa macam payah sikit nak jadi cikgu. Lepas tu aku tak faham psikologi kanak-kanak. Masa tu memang aku cuak habis sebab aku kena bagi ceramah pada budak-budak sekolah rendah. Yelah, budak-budak kan jujur. Kalau diorang tak suka, diorang memang tayang muka aku-tak-suka-kau atau aku-bosan-dengar-kau-membebel.
Kerana nak bagi ceramah ni aku terpaksa buat research fasal psikologi kanak-kanak. Payah. Kali pertama aku buat slide untuk presentation kempen membaca, slide aku berupa agak keji. Slide tu macam slide korporat nak present pada klien, yang mana sah-sah budak akan rasa bosan. Aku ingat kartun oren tu dah cukup meriah dah padahal aku silap besar.
Nasib baik ada kawan-kawan yang bekerja sebagai guru dan berpengalaman tentang psikologi kanak-kanak. Selepas diberikan komen dan nasihat, maka terhasillah slide yang jauh berbeza dari slide skema oren sebelum tu. Terima kasih kepada semua yang telah memberi pandangan dan komen. Kalau tidak mahu budak-budak tu buat aku macam halimunan aje masa aku kasi ceramah sebab slide aku bosan sangat.
Itu baru tentang psikologi. Benda paling penting, macam mana nak tarik minat pelajar untuk memberi respons kalau kita bertanya. Masa tu aku takut kalau aku tanya apa-apa jawapan yang aku terima cuma bunyi cengkerik; krikkk krikkk kriikkkk. Memang sadis.
Maka perlulah ada 'aktiviti' supaya budak-budak tak bosan. Bukanlah aktiviti menari zapin atau main tenteng. Bagi kuiz. Sediakan hadiah. Untuk tarik minat. Sebab nak prepare hadiah punya fasal, seorang drafmen aku menjadi mangsa keadaan. Terima kasih Cik Nursheq. Budi awak saya kenang. Hehehehe...
Nak prepare bookmark ni pun punyalah struggle. Nasib baik aku ada anak-anak saudara. So, aku tanya apa trend kartun masa kini. Karang aku letak kartun-kartun zaman aku macam Hello Kitty, Dash in Kuro, Yokies dan Oggy and The Coakroches, budak-budak tu ingat aku ketinggalan zaman. Aku aje yang rasa kartun-kartun tu best. Pulak dah.
Apa yang pasti, budak-budak zaman sekarang bukan macam budak-budak zaman aku (ke aku yang pasif sebenarnya?). Aku ingat budak-budak tu akan ignore aku tapi rupanya bookmark yang aku sediakan banyak-banyak tu tak cukup. Masing-masing berebut nak jawab soalan. Alhamdulillah.
Apa yang pasti, terdapat jurang perbezaan yang jauh antara pelajar perempuan dengan lelaki. Pelajar perempuan lebih pemalu tapi mereka bijak. Memang fitrah wanita kut yang mempunyai 1 akal yang lebih fokus dan terarah berbanding lelaki yang ada 9 akal. Kalau pelajar lelaki pula, aktif dan ligatnya bukan main tapi mereka sangat menghiburkan dan hormat orang.
Tengok beza dua gambar ni aje udah. Yang perempuan sopan santun. Yang lelaki macam-macam gaya. Masa nak ambil gambar ni pun dengan aku-aku sekali ditolaknya. Tapi, okey aje. Aku seronok sebab diorang tak ignore aku. Hahahaha. Paling tak boleh blah, siap ada yang cakap "Akak nanti upload Facebook, tag saya ya..." Kemain! Oh, budak-budak zaman sekarang...
Kesimpulan
Tu sekadar pengalaman aku menjadi 'cikgu' dalam masa beberapa jam. Struggle. Perasaan nervous tu tak payah ceritalah. Sama cam tahap nervous pengantin perempuan nak dengar lafaz akad (Eh, aku ni...). Part sebelum ceramah tak payah ceritalah. Macam-macam benda nak kena kaji. Macam-macam benda nak kena buat. Macam-macam benda nak kena consider. Aku tak boleh bayang macam mana cikgu-cikgu yang memang kena buat tugasan macam tu hari-hari. Seriously. Respect!
Apa yang aku dapati, peranan cikgu masa zaman dulu dengan zaman sekarang jauh beza. Zaman sekarang pelajar lebih terdedah dengan teknologi (macam kes budak minta tag Facebook tu lah).
Zaman sekarang pun cikgu tak boleh aci redah aje nak denda macam zaman aku sekolah dulu. Sekarang jentik sikit pun silap-silap kena saman. Kalau zaman aku dulu, kalau kena rotan mengadu kat mak abah silap hari bulan balik rumah sakit kena rotan tu kena tambah dengan sakit kena cubit. Haaa. Gituh.
Pengalaman aku tulis ni cuma sebesar 0.001% saiz ameba daripada pengalaman mereka yang menjadikan bidang pendidikan sebagai kerjaya. Lagipun aku cuma jadi 'cikgu' untuk budak-budak sekolah rendah. Aku percaya semakin meningkat usia pelajar, semakin berat cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru. Cabaran yang perlu mereka hadapi semakin bertambah seiring dengan peredaran zaman.
Kepada semua guru yang pernah mengajar saya, SELAMAT HARI GURU.
Kepada semua kawan-kawan dan kenalan, SELAMAT HARI GURU.
Semoga Allah merahmati kalian.
With love: IJAZATI HABIB
No comments:
Post a Comment