Annyonghaseyo (Betul ke tidak aku eja tu? Lantaklah...)
Okey, sebenarnya sejak aku dah buat blog baru, aku bercita-cita tak mau taip resipi lagi. Sebab dalam blog aku yang dulu, view paling tinggi dimenangi oleh resipi Nasi Pakapau sehingga meninggalkan jauh beribu ela pos yang lain.
Tapi, mungkin cita-cita aku tu dah terkandas di tengah jalan. Senang cerita makanan dan aku tak mampu dipisahkan. Bukan apa, sejak kes Cadbury, nak makan kat kedai pun fikir beribu kali. Sampai sekarang pun aku masih rasa makanan terbaik adalah makanan yang kita masak sendiri. Kita tahu kebersihannya macam mana, halal ke tidak dan sumber bahan-bahan yang kita buat. Kan?
Okey kali ni aku rasa aku nak kongsi resipi Kimchi, makanan Korea yang popular la juga. Orang kata, Kimchi ni macam sambal belacan bagi orang kita. Benda yang wajib ada masa makan. Entahlah. Yang aku tahu aku ada tengok bebudak Runningman struggle buat mende alah ni.
Aku sebenanrnya bukanlah peminat tegar K-Pop (Sorry, K-Poppers). Setakat ni yang aku tengok cuma Family Outing (Sebab banyak makan-makan dan melancong tempat cantik) dengan Runningman (rancangan pelapang minda setelah otak penat menghadap kerja dan kerenah manusia). Ada lagi satu aku baru cuba-cuba tengok tajuk Superman apa entah. Fasal bapak budak kena jaga baby. Okeylah sebab baby tu kerenah dia orang comel gila.
Kawan aku Mek Kila tu cuba juga ajak aku tengok EXO. Tapi aku yang pelupa nama orang ni memang gagal kut. Entah. Aku nampak mamat EXO tu semua muka sama sebijik aje. Tak reti aku nak bezakan. Udah lah ramai macam kumpulan Rabbani. And then, herm... Diaorang tak ada janggut ke misai ke. Lepas tu muka licin bak telur baru dikupas. Mungkin taste orang lain. Tapi, mereka bukan taste aku kut.... At least Tanner Patrick ada jambang. Ehem...
Berbalik kepada kimchi. Al-kisahnya bermula beberapa minggu lepas. Aku demam. Bila demam sendi segala bagai ni rasa sakit. Sifat pemalas ni pun bertambah berganda-ganda sampai nak kunyah nasi pun malas. Teruk gila. So konon masa tu aku macam mempelbagaikanlah menu bubur nasi aku. Aku ingat kalau aku demam, bolehlah aku kurus. Harapan!
Makanya, selepas seorang Doktor klinik bawah ofis memberikan aku MC tanpa rela, aku pun jalan-jalan dekat Giant untuk membeli-belah stok makanan. Tengah-tengah aku cari telur masin, tiba-tiba aku ternampak benda alah ni, Kimchi? Ada tanda halal Jakim. Produk tempatan bumiputera lagipun. So, aku ambil la satu untuk cuba.
Tupperware kimchi tu pun kecil so memang sesuai untuk cuba-cuba. Aku pernah makan sekali kat restoran Korea dekat Ampang. Kalau sesetengah orang maybe tak suka kut rasa dia. Tapi disebabkan aku yang dikenali oleh kawan-kawan aku sebagai manusia bercitarasa pelik, aku suka je mende alah tu. Dan bila aku cuba makan benda tu dengan bubur nasi dan meat ball, okey! Sedap! Pada akulah.
Bila dah elok demam, aku pun bersemangat berkobar-kobar nak buat sendiri benda tu. Aku Google sana, Google sini, dan aku ubah sikit-sikit ikut citarasa aku. Now everyone can cook! Hehehe. Aku ni tak suka bawang putih. Bawang Holland pun aku tak suka sebenarnya. Maka aku dah kurangkan kuantiti bawang sekeluarga tu. Kalau tak letak bawang dah tak jadi kimchi kut. Lepas tu aku tak suka pedas. Aku kurangkan kuantiti serbuk cili tu. Tapi pada aku pedas lagi kut. Ni resipi yang aku buat. Check it out!
(Ni bahan-bahan dia) |
1/2 biji kubis panjang (nappa cabbage)
1/2 cawan garam putih
Cara-cara:
1. Potong kubis putih memanjang.
2. Lumur dengan garam di setiap helaian daun dan batang kubis.
3. Letak dalam bekas. Tutup rapat dan biarkan sehingga 4 jam.
4. Selepas 4 jam, kubis akan menjadi lembik dan ada air keluar dari kubis.
5. Basuh dan bilas kubis bersih-bersih untuk hilangkan rasa masin.
2. Bahan-bahan pes tepung pulut
2 sudu tepung pulut
air putih
Cara-cara:
1. Campurkan tepung pulut dengan air. Jangan terlalu pekat. Jangan terlalu cair.
2. Panaskan sampai pekat atas api perlahan.
3. Bahan-bahan kimchi paste
1 biji bawang Holland (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1/2 biji Fuji apple (kisar)
1 biji pir Gong (kisar)
gula
2 peket serbuk cili
2 sudu cencaluk
Cara-cara:
1. Kupas epal Fuji dan pir Gong.
2. Kisar 1 biji bawang Holland, 3 biji bawang putih, 1/2 inci halia, 1 biji epal Fuji dan 1/2 biji pear Gong.
3. Masukkan gula.
4. Campurkan bahan yang dikisar dengan serbuk cili dan cencaluk. (Korea guna fermented shrimp. Suka hati akulah nak guna cencaluk. Macam sama aje. Hehehehe.)
5. Gaul sebati semua yang dicampur tadi. Apa yang penting adalah benda dalam gambar ni, Hygienic Glove! Selain dari aspek kebersihan, benda ni juga memelihara tangan anda sebab serbuk cili pedas. Aku tumbuk sambal belacan pun pakai benda alah ni. Karang pijar. (Okey, takut orang nak buat aku jadi menantu. Bhahahaha)
Okey. Jom buat kimchi!
Kalau budaya Korea, aktiviti ni diaorang lakukan secara berjemaah. Merapatkan silaturahim gitu.
Bahan:
1/2 biji kubis yang diperap garam (pemalas macam aku potong pendek-pendek)
pes tepung pulut
pes kimchi
1/2 biji lobak merah (parut)
1/2 biji pear Gong (parut)
secekak daun kucai potong pendek-pendek
Cara-cara:
1. Campurkan pes kimchi dengan pes tepung pulut.
2. Masukkan kubis.
3. Masukkan lobak merah dan 1/2 biji pear Gong yang telah diparut.
1. "Isocyanate dan sulfat yang terkandung dalam sayuran seperti kubis panjang berkesan untuk menentang kanser dan anti-dioksida kepada organ penting seperti hati, buah pinggang dan usus kecil." Prof. Miri Kim (Food Nutrition Department, Chungnam National University)
2. "Serbuk cili merah mengandungi vitamin A dan C dapat mengurangkan pertumbuhan sel kanser. Serat dalam kimchi boleh menyah toksin yang menyebabkan kanser. Asid organik, lactobacili dan asid laktik yang terhasil semasa proses menjeruk kimchi dapat mencegah sembelit, membersihkan usus serta mencegah kanser." Prof. Kun Yung Park (Department of Food & Nutrition, Busan National Universitiy)
3. "Capsaisin yang terkandung dalam serbuk cili merah mengurangkan kadar pertumbuhan kanser paru-paru. Alicin, bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih mengurangkan kadar pertumbuhan kanser hati, perut dan tiroid. Indole-3-carbinol yang terkandung dalam kubis panjang mencegah pembentukan kanser perut." Prof. Chajun Chang (Department of Pathology, Seoul National university College of Medicine)
4. "Klorofil yang terkandung dalam kubis panjang mencegah sel dari menyerap carcinogen yang menjadi punca kanser." Prof. Ahn Sik Chung (Department of Biology Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) )
5. "Memakan kimchi menghasilkan sel immunisasi yang lebih aktif dan meningkatkan antibodi pada tubuh." Prof. Rina Yu (Food and Nutrition Department, University of Ulsan)
6. "Kajian darah mendapati dari 670 orang yang melawat Seoul Asan Medical Centre, orang yang memakan kimchi dua atau tiga kali sehari lebih rendah peluang untuk mengalami serangan jantung." Kumpulan pengkaji Prof. Young Sun Song (Food & Nutritional Department, Inje University)
7. "Selepas dua minggu proses fermentasi kimchi, ia mengandungi anti-oksidan yang melambatkan proses penuaan kulit. Kimchi juga dalat membekalkan oksigen kepada sel dan mengurangkan stress." Dr. Gab Soon Moon dan Prof. Young Soo Chun, Kimchi Research Institute, Busan National University)
8. "1 gram kimchi menghasilkan lebih 800milion lactobacili (4 kali ganda berbanding yogurt) yang mengaktifkan aktiviti kolon. Bukan sahaja dapat membersihkan kolon, malah juga mencegah sembelit, radang usus dan colonitis. Kimchi mengandungi nutrisi penting yang lain seperti kalsium, copper, fosforus dan zat besi. Kimchi juga kaya dengan Vitamin A, C, B1 dan B2. Kimchi beralkali yang mencegah asid dalam dalam darah kerana pengambilan daging atau makanan berasid secara berlebihan. Kimchi boleh mengurangkan kolestrol juga mencegah penyakit seperti tekanan darah tinggi dan diabetis. Kimchi menstabilkan sistem dalam tubuh dan sangat bermanfaat untuk proses penyembuhan. Kerana kimchi adalah makanan yang melalui proses fermentasi, ia mudah dihadam dan diserap oleh tubuh. Kimchi dapat mencegah lemak dalam hati dan membantu menurunkan berat badan." Prof. Kon Young Choi (Food & Nutrition Department of Busan National University)
Pergh. Tiba-tiba rasa macam menaip tesis. Okey, selamat menikmati kimchi.
p/s; Sebenarnya mahu melakukan sesi 'memanaskan jari' untuk menaip manuskrip bagi Cerpen Adiwarna Ke-3: Cinta Pertama. Gigih memaksa otak mengingat kembali kisah silam. Ewah... HEHEHE.
Kalau budaya Korea, aktiviti ni diaorang lakukan secara berjemaah. Merapatkan silaturahim gitu.
Bahan:
1/2 biji kubis yang diperap garam (pemalas macam aku potong pendek-pendek)
pes tepung pulut
pes kimchi
1/2 biji lobak merah (parut)
1/2 biji pear Gong (parut)
secekak daun kucai potong pendek-pendek
Cara-cara:
1. Campurkan pes kimchi dengan pes tepung pulut.
2. Masukkan kubis.
3. Masukkan lobak merah dan 1/2 biji pear Gong yang telah diparut.
4. Masukkan kucai.
5. Masukkan semua bahan yang telah digaul sebati dalam bekas kedap udara. Biarkan pada suhu bilik selama 24 jam. Buih-buih halus akan kelihatan tanda kimchi anda 'menjadi'.
Khasiat kimchi